Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

7 January 2012

Konsep Kentut : Volkswagen Aqua, Kereta Untuk Pelbagai Bentuk Muka Bumi Yang Awesome

WOW ! 

Volkswagen Aqua ini sangatlah awesome kerana ianya sesuai untuk semua bentuk muka bumi yang ada di dunia ini termasuk tanah, ais dan juga air. Kereta ini direka oleh seorang pereka China, Yuhan Zhang, untuk memasuki sebuah pertandingan dan ditaja oleh syarikat Volkswagen. Volkswagen Aqua ini boleh mencapai kelajuan 62mph dan tidak menghadapi masalah untuk bergerak di permukaan yang berbeza.. Super win!


Kentut Cool : Lina Sands Wanita Mirip Angelina Jolie

Lina Sands, seorang aktres yang berasal dari Sepanyol mempunyai wajah yang mirip dengan pelakon terkenal  Hollywood, Angelina Jolie. Beliau mempunyai bibir tebal dan raut wajah yang seakan-akan Angelina Jolie malah mengakui ingin bekerja menjadi kembar Angelina Jolie. Boleh tahan sama juga la muka mereka..



Share Kentut : Sesuatu Yang Korang Perlu Tahu Mengenai FC Barcelona

Khas buat peminat FC Barcelona. Aku ni bukanlah peminat tegar bolasepak dunia mahupun dalam Malaysia ini. Jadi aku tidak terkesan sikit pun dengan video ni. Tapi aku tetap respek dengan Barcelona sebab pemainan mereka cantik.. Jom layan video bawah ni..

6 January 2012

Kentut Hot : Askar Wanita Seluruh Dunia Yang Hot

Mari tengok askar-askar wanita dari negara luar yang hot. Askar kita pun cantik juga... #sarcasm



OMG Kentut : Latihan Gimnastik Kanak-Kanak China Yang Menyakitkan

China memang sudah diketahui umum yang mereka merupakan salah sebuah negara sukan yang kuat di Asia. Ini kerana mereka sangat komited dalam menghasilkan jaguh-jaguh baru sukan dunia. Setiap tahun pasti akan ada muka baru dalam sukan tertentu yang akan memberi tentangan dalam sukan tersebut.

Begitu juga dengan sukan gimnastik. Di China, para gimnas mereka telah dilatih semenjak dari kecil kerana mereka percaya ketika ini badan masih lembut dan senang dibentuk. Pelbagai bentuk latihan yang menyakitkan perlu dihadapi kanak-kanak ini untuk bertahun lamanya sehingga bejaya menjadi juara dunia. Sekarang baru aku tahu kenapa China hebat dalam sukan..


Kentut WTF : Transeksual Tertinggi Dunia Setinggi 7 Kaki

Greg Walker seorang rakyat Amerika yang merupakan pemain bola keranjang mempunyai ketinggian lebih kurang 7 kaki. Ianya merupakan sesuatu yang normal bagi pemain bola keranjang namun, ianya tidak normal jika pemain bola keranjang itu menjalani pembedahan tukar jantina atau kata lainnya transeksual. Greg telah pun menukar jantinanya dan kini dikenali sebagai Lindsey. 



OMG Kentut : Amalan Ritual Yang Menyakitkan

Lelaki ini sedang menjalankan satu amalan ritual yang memerlukan dia menggolekkan badannya di atas kayu berduri yang panjang dan tajam. Aku tak tahu ritual ini dilakukan di mana dan atas apa tujuan. Kita yang tengok pun dah rasa sakit, apatah lagi mamat ni kan... 


Kentut Cool : Senibina Masjid Al-Irsyad Yang Cukup Unik

Masjid Al-Irsyad yang terletak di Jawa Barat, Indonesia ini cukup unik dan tidak sama seperti masjid-masjid lain. Rekabentuknya yang sederhana diilhamkan dari bentuk Kaabah iaitu segi empat dan apa yang paling ketara ialah masjid ini tidak berkubah. Masjid ini juga tidak terdapat sebarang kipas atau alat pendingin hawa kerana ia menggunakan sistem penyejukan semulajadi.

Apa yang menarik minat aku ialah di sekeliling dinding masjid ini kelihatan ruang udara yang disusun agar membentuk kalimah syahadah. Walaupun tidak berkubah, namun dengan kalimah syahadah ini jelas menunjukkan bahawa ianya adalah sebuah bangunan suci. Aku harap one day aku boleh lihat sendiri masjid ni depan mata aku sendiri.


Kentut Cool : Origami Serangga Yang Super Realistik

Jangan tertipu! Gambar yang aku share kali ini bukanlah gambar serangga biasa tetapi ianya adalah origami serangga yang realistik dibuat oleh pakar origami, Brian Chan. Beliau telah pun berkecimpung di dalam dunia origami ini lebih kurang 20 tahun. Lihatlah hasil tangan beliau, sangat kreatif..


OMG Kentut : Aksi Tidak Senonoh Yang Tidak Boleh Diterima Akal

Aku tak boleh terima betul bila tengok aksi-aksi tak senonoh mereka ni. Korang boleh?


OMG Kentut : Wanita Bali Sanggup Berbogel Demi Wang

Wanita Bali ini telah digunakan sebagai model lukisan oleh pelukis di Indonesia. Eksploitasi badan wanita bogel untuk dijadikan lukisan masih boleh diterima di Indonesia, namun tidak untuk bidang fotografi. Wanita Bali ini juga tidak akan berbogel semata-mata untuk menjadi model. Pastinya wang telah di hulur sehingga dia sanggup melakukannya. Kerana wang hilang pertimbangan akal, tergadai maruah diri.


Kentut WTF : Trend Awek Jepun Cium Tombol Yang Menjelikkan

Apakah masalah awek-awek jepun ini sehinggakan kebanyakkan dari mereka bergambar sambil mencium tombol pintu.. Kini trend ini menjadi ikutan ramai gadis di Jepun.



Kentut Hot : Model Paling Tinggi Di Dunia Yang Hot

Amazon Eve, seorang model yang berasal dari Amerika ini mempunyai ketinggian yang sangat tinggi bagi wanita normal iaitu kira-kira 2 meter ! Walaupun mempunyai ketinggian yang luarbiasa, Eve masih kelihatan hot semasa bergambar untuk majalah Zoo Weekly.. 



5 January 2012

OMG Kentut : Seluar Penyanyi Terlondeh Ketika Persembahan Di China

Seorang penyanyi wanita dari China melakukan gimik akrobatik di dalam persembahannya. Namun, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku iaitu seluar yang dipakainya ketika itu terlondeh tanpa sengaja. Brother yang tolong angkat dia tu senyum sampai ke teliga dapat tengok penyanyi tersebut tanpa seluar. Pity her, sampai nangis-nangis malu.. Lain kali pastikan seluar sesuai dulu yer...



WOW Kentut : Majlis Pengkebumian Mafia Taiwan Yang Besar-Besaran

Mari melawat majlis pengkebumian mafia Taiwan ini yang diadakan secara besar-besaran. Banyak kot anak buah dia. Sekali cari pasal, memang balik tak bernyawa la..



Kentut Cool : Cara Prank Kawan Yang Cool Menggunakan Magnet

Cepat pergi beli dan prank kawan korang sekarang..



Kentut Fail : Lelaki Terjun Dari Jambatan Landing Atas Batu

Mamat ni kononnya nak jadi superman lompat dari atas jambatan. TAPI dia tersalah landing la pula. Landing atas batu sebab rasa diri kebal ! Haha.. Comfirm jadi benak terus ni..



Kentut Cool : Gambar Yuna Bersama Kekasih Bercuti Di Eropah

Mari layankan gambar Yuna dan Qi melancong bersama di Eropah. Nampak mesra je kan mereka ini..




Share Kentut : Punca Jin Dan Syaitan Mengganggu Manusia

Tadi masa aku tengah syok blogwalking, aku ada terjumpa satu artikel. Ianya berkaitan punca-punca manusia diganggu oleh jin. Aku tak tahu macam mana perasaan orang yang diganggu jin sebab sepanjang aku hidup ni masih belum penah merasa dan harap-harap tak terjadi kepada aku. Jadi, mari kita lihat punca-punca menyebabkan manusia diganggu jin.




Kentut Cool : LG Akan Memperkenalkan TV OLED Baru Yang Ultra Nipis

Syarikat elektronik terkenal dunia, LG telah memperkenalkan televisyen terbaru mereka yang mnggunakan LED organik ataupun OLED. Televisyen ini mempunyai paparan yang sangat jelas dan ianya juga sangat nipis iaitu hanyalah 4 mm tebal. Sekarang tiba bab yang tak seronok mengenai televisyen ini, dijangkakan harga permulaan TV ini akan lebih dari $5,000 ! Silalah jual kepada anak dato'...



OMG Kentut : Wanita Ingin Saman Majlis Pembandaran Kerana Had Laju 20 MPH

Had laju 20 mph yang telah ditetapkan sebagai langkah keselamatan di kawasan perumahan telah mendatangkan masalah kepada Diane Greenwood yang menyatakan kereta BMWnya yang dibeli dengan harga 25,000 euro mempunyai masalah untuk memandu dengan had laju itu dalam gear keempat. Keadaan itu memaksa dia untuk memandu menggunakan gear ketiga yang mengeluarkan lebih banyak pencemaran. Macam ni punya orang pun ada?



4 January 2012

Kentut Cool : Adakah Kembar Seiras Betul-Betul Seiras

Jika dilihat sekali imbas, wajah kembar seiras sememangnya sama antara satu sama lain. Namun jika diamati betul-betul, adakah mereka ini mempunyai wajah yang betul-betul seiras?




Share Kentut : Amalina Che Bakri Berterima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Selepas tersebarnya gambar-gambar seksi Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang 17A1 SPM 2004, dia telah dihentam teruk oleh ramai blogger tanah air. Ada yang mengatakan gambar tersebut palsu dan sebagainya. Sekarang, sudah sah gambar tersebut bukanlah palsu dan sememangnya gambar beliau. Tengok video di bawah ni ye..






                               

ps: legging yang dipakai Amalina itu dibeli oleh ibunya sendiri. cantik makcik pilih....

Kentut Cool : Bilik Dipenuhi Dengan Sticker Yang Cool

Cuba korang bayangkan korang memberi beribu-ribu sticker kepada anak-anak dan membiarkan sahaja  di mana mereka hendak lekatkan sticker itu, apa akan terjadi? Inilah yang dipikir kan oleh seorang pelukis, Yayoi Kusama apabila membuat sebuah bilik yang di cat 100% berwarna putih untuk dijadikan kanvas putih terbesar dan memberikan beribu-ribu sticker untuk dilekatkan oleh pengunjungnya. Lihat lah hasilnya yang sangat cool.



Kentut Kreatif : Seni Di Jalan Yang Menarik

Sangat kreatif!




Kentut Hot : Guru Sekolah Rendah Paling Cantik Di China

Zhu Songhua yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di China menjadi terkenal gara-gara mempunyai wajah yang menawan. Dia yang juga merupakan model sambilan semakin dikenali ramai selepas muncul di rancangan TV dan digelar "China Most Beautiful Female Teacher".



Share Kentut : Kaum Xingu Di Amazon Masih Berbogel

Kaum Xingu boleh dijumpai di pendalaman sekitar Amazon. Apa yang menariknya mengenai puak ini adalah kerana mereka masih tidak mengamalkan pemakaian baju atau kata lain mereka ini masih berbogel ! Ya, kaum Xingu ini masih berbogel setiap masa dan hanya memakai ikatan kain sahaja di badan mereka. 



Share Kentut : Kehidupan Pelajar Cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah Di Nottingham

Selepas isu Amalina Che Bakri berpakaian seksi tersebar di internet ada kedengaran suara-suara si fulan yang mengatakan kebanyakan pelajar bijak yang melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mengalami kejutan budaya yang melampau. 


Namun pelajar cemerlang 17A1 SPM 2006 , Siti Fatimah telah membuktikan sebaliknya. Siti Fatimah yang menuntut dalam bidang perubatan di University of Nottingham tidak berubah menjadi terlalu bersosial sebaliknya masih mengekalkan jati diri sebagai seorang Melayu yang beragama Islam. Ini yang kita mahu!



Kentut Cool : iPoo Tandas Khas Untuk Peminat Tegar Apple

Kalau korang rasa korang ni peminat tegar Apple korang perlu dapatkan jamban khas yang berbentuk seakan-akan logo Apple yang diberi nama iPoo ini. Ianya hasil rekaan seorang pereka grafik bebas, Milos Paaripovic. Dapatkan sekarang!



3 January 2012

Kentut Hot : 10 Artis Wanita Tercantik Malaysia 2011

Akhbar Harian Metro telah manjalankan satu survey untuk mencari 10 artis wanita Malaysia yang paling cantik mengikut rakyat Malaysia. Jom kita tengok siapakah mereka.

1. Ayu Raudhah

2. Neelofa

Kentut Lawak : Sebab Mengapa Lelaki Tidak Sesuai Menjaga Anak

Mari tengok kenapa perempuan lebih sesuai untuk menjaga anak-anak. Musnah masa depan kalau mereka ni yang jaga..



Kentut Cool : Cimpanzi Yang Pandai Menyalakan Api

Seekor cimpanzi yang diberi nama Kanzi mempunyai kemahiran yang cimpanzi lain tiada iaitu menyalakan api. Kanzi tahu cara menyalakan api selepas menonton rancangan Quest of Fire melebihi dari 100 kali. Hebat cimpanzi zaman sekarang..




Kentut Fakta : Fakta Mengenai Facebook


Kentut Cool : Watak Disney Dalam Dunia Sebenar Yang Hot

Mari tengok watak kartun Disney dalam versi sebenar yang sangat cun dan hot.



Kentut Cool : Angry Bird Versi Dunia Sebenar

Seorang pelukis dari India, Mohamed Raoof telah menghasilkan lukisan Angry Bird dalam dunia sebenar yang sangat realistik. Macam betul-betul hidup je angry bird ni.



OMG Kentut : Bawa Anak Untuk 'Cover Line' Berkhalwat Dengan Kekasih


Taktik terbaru yang digunakan pasangan ini untuk mengaburi mata pengawai pencegah maksiat adalah dengan membawa anak masing-masing ketika berkhalwat.

Seorang wanita yang membawa anaknya yang berumur setahun ditangkap berkhalwat di dalam sebuah bilik hotel bajet di Kluang bersama seorang lelaki yang berstatus duda.

Pasangannya itu turut membawa anaknya yang berusia lima tahun untuk tujuan yang sama. Pada mulanya mereka mengakui sebagai pasangan suami isteri yang sah namun temberang mereka pecah setelah gagl mengemukakan dokumen perkahwinan yang sah.

Mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka pinttu dan sebaik sahaja dibuka duda tersebut dilihat hanya memakai seluar pendek dan kameja yang tidak berbutang manakala ibu muda itu pula hanya memakai seluar ketat dan kameja T.

Mereka akhirnya ditahan selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri.

2 January 2012

OMG Kentut : Gambar Seksi Amalina Che Bakri Tersebar

Korang ingat lagi tak dengan Nur Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 2004 yang mendapat 17A1 dulu tu? Nur Amalina telah melanjutkan pelajarannya ke luar negara dalam bidang perubatan di University of Edinburgh dan menjadi contoh ramai ibu bapa di Malaysia ini untuk diikuti oleh anak mereka.


Namun, terbaru sekali, pelajar yang berasal dari Kelantan itu dikatakan telah lupa apa itu budu dan cecaluk apabila kini tidak lagi bertudung dan berpakaian seksi. Gambarnya itu telah tersebar selepas dia memuat naik ke Facebook.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...