Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

3 December 2011

Kentut Cool : Pokok Krismas Setinggi 33 Kaki Dibuat Dari Lego (8 Gambar)

Dulu aku pernah kongsikan rumah terbiar yang dibuat daripada lego. Kali ini mari lihat binaan pokok krismas setinggi 33 kaki hanya dengan menggunakan lego! Sangat cool! Korang tak nak buat ke macam ni?


Kentut Cool : Vespa Disalut Berlian Swarovski (5 Gambar)

Vespa merupakan sebuah skuter yang tidak asing lagi bagi peminat skuter. Vespa berasal dari Itali dan penciptanya adalah Piaggio. Kali ini aku nak kongsi dengan korang beberapa gambar Vespa yang dihias dengan berlian Swarovski yang direka oleh syarikat  German, Stonerichworld. Ianya disalut dengan 150,000 buah berlian Swarovski dan berharga $321,150! Lagi baik aku naik EX5 dari naik moto ni. Kalau hilang menangis tak berlagu la jawabnye...


Kentut Kreatif : Iklan Syarikat Kondom (Video)

Kompem banyak orang beli ni..

Kentut WTF : Gambar Yang Menipu (6 Gambar)

Kini makin ramai wanita yang ingin kelihatan cantik dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik. Namun, ramai juga yang mengambil jalan mudah dengan meng-'edit' gambar mereka menggunakan Photoshop. Gambar di bawah ini menunjukkan perubahan sebelum dan selepas edit.


OMG Kentut : Barangan Bayi Yang Ganas! (11 Gambar)

Shi Jinsong merupakan seorang lulusan Akademi Seni Halus Hubei telah mengadakan pameran barangan bayi. Ini bukan sebarangan pameran yang menunjukkan barangan bayi yang selalu kita lihat. Tetapi pameran ini mampamerkan barangan-barangan bayi seperti stroller, walker dan banyak lagi yang sangat ganas dan mempunyai bucu yang tajam dan pelbagai lagi. Barang-barang ini hanyalah kerja seninya sahaja dan bukan untuk kegunaan anak-anak ye. Korang tengok jela gambar-gambar kat bawah ni. Memang ganas!


Gosip Kentut : Maya Karin Teruja Adegan Ranjang


Kentut WTF : Bangga David Beckham Tandatangan Buah Dada


Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya yang ditandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t nipis dan ketat.

Laman web hiburan terkenal OHBULAN! melaporkan bahawa Syahrini turut mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini.

Syahrini yang dikatakan terkenal dengan penampilan imej seksi dengan buah dada yang besar telah dipilih sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia.

Dalam perlawanan tersebut, LA Galaxy telah berjaya mengalahkan Indonesia dengan jaringan gol 0-1.

Bagaimanpun, OHBULAN! turut mendedahkan bahawa tindakan Syahrini itu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan memalukan pengamal industri hiburan di sana.



SUMBER

2 December 2011

OMG Kentut : Adakah Mereka Ini Wanita Sejati? (8 Gambar NSFW)

Cuba korang teka yang mana satu antara mereka ini adalah wanita sejati. Aku pun tertipu beb!


Kentut Fail : Lelaki Yang Malu Dengan Perempuan (14 Gambar)

Kalau korang perhatikan betul-betul semua gambar di bawah ini, korang akan dapati yang kesemua lelaki di dalam gambar tersebut menjarakkan tangan mereka dari badan gadis-gadis tersebut. inilah yang akan terjadi kalau mendapat peluang sekali seumur hidup untuk bergambar dengan gadis cantik. Lagi-lagi golongan nerd. Fail!


Kentut Cool : Melukis Di atas Debu (4 Gambar)

Aku tidak mendapat sebarang info mengenai gambar ini. Tapi dari apa yang aku lihat, wanita ini sangatlah hebat kerana mampu melukis wajah Marilyn Monroe dia atas kereta yang berdebu. Awesome!


Kentut Fail : Nak 'Show Off' Depan Awek Tapi Fail

Totally fail!


SOURCE

Kentut Fail : Wanita Yang Inginkan Bibir Seperti Jessica Rabbit

Kerana terlalu inginkan bibir yang besar dan seksi seperti Jessica Rabbit, seorang wanita dari Rusia, Kristina telah melakukan 100 suntikan di bibirnya! Hasilnya, dia dinobatkan sebagai pemilik bibir terbesar di dunia. Wanita tersebut juga dikatakan akan menambah lagi bilangan suntikan tersebut.


"Aku rasa ianya tampak hebat dan membuatkan aku cantik. Aku mahu nampak seperti Jessica Rabbit. Aku ketagih dan sukakannya," jelas Kristina.


Korang rasa cantik ke bibir macam ini?


Kentut Kreatif : Bentuk Ais Yang Unik

Bentuk-bentuk ais yang aku kongsikan ini sangat unik dan cool. Aku tidak pernah lagi jumpa ais yang berbentuk macam ini. Selalunya bentuk cube tak pun bulat dan ada lubang kat tengah. Betol tak? Sape-sape tahu kat mane nak beli ais-ais ini semua? Aku nak beli!


OMG Kentut : Cinta Antara Dua Darjat Di Zoo Yunnan

Kali ini aku nak share dengan korang satu hubungan pelik dari dua haiwan berbeza di zoo Yunnan. Haiwan tersebut adalah rusa dan biri-biri! Cinta mereka berdua katanya direstui oleh kebanyakan penduduk di situ. Cinta binatang pun kena restu ker? Yang aku tahu nafsu binatang ni memang tak kisah apa-apa dah. Terpikir juga aku kalau rusa + biri-bir jadi apa la nanti ye...



Gambar lucah selepas ini

1 December 2011

Kentut Cool : Orang Thailand Sayangkan Binatang (12 Gambar)

Kita semua tahu yang Thailand sekarang dilanda banjir yang teruk. Banyak rumah yang dinaiki air dan kilang kereta juga terjejas. Walaupun mereka sedang dilanda musibah banjir, namun ianya tidak sama sekali menghalang mereka dari menunjukkan belas kasihan terhadap haiwan-haiwan peliharaan mereka. Mereka tidak meninggalkan haiwan mereka dan cuba menyelamatkannya daripada banjir tersebut. Kalau kita, nak selamatkan ke binatang ni semua kalau dalam keadaan macam ini?


Share Kentut : Cara Mendapatkan Tutti Frutti Percuma (Video)

OMG Kentut : Meja Diperbuat Dari Kereta Ferrari Yang Remuk (8 Gambar)

Mungkin ini meja untuk anak datuk yang suka menghabiskan duit tanpa sebab. Meja ini dihasilkan menggunakan kereta Ferrari yang remuk dan dimampatkan. Mungkin dah kaya sangat sampai kereta yang ada pun tidak terguna dan lebih baik dijadikan meja dari dibiarkan menjadi besi buruk. Bagi dekat aku lagi bagus....



OMG Kentut : Bakar Anak Kerana Isteri Minta Cerai

Tidak berhati perut! 


Seorang bapa, Cao Xiaoming dari daerah Shaanxi, China sanggup membakar anaknya, Niu Niu hidup-hidup dengan tujuan untuk membunuhnya sebelum membakar diri sendiri. Kejadian ini berpunca dari tindakan isterinya, Xiao Juan meminta cerai selepas tidak tahan lagi hidup bersama suaminya yang seorang kaki judi dan panas baran. 


Cao Xiaoming yang tidak bersetuju bertindak menyimbah Gasoline ke muka anaknya sebelum membakarnya dan dirinya di rumah bapa mertuanya. Api pada wajah anaknya berjaya dipadam oleh jiran mereka dan pada waktu itu Cao Xiaoming tidak mengalami apa-apa kecederaan, hanya jaket yang dipakainya saja terbakar. Kenapa tak dia ja yang mati, he deserve it!



Kentut Kreatif : Poster Hero Marvel Versi Minimalis

Poster-poster watak superhero dari Marvel seperti Thor, Wolverine, dan ramai lagi dalam versi minimalis. Simple yet creative!


Kentut Cool : Kereta Sports Hebat Yang Kini Hanya Di Museum (10 Gambar)

Kali ini aku senaraikan beberapa kereta sports yang pada suatu ketika dahulu sangat disegani namun kini hanya mampu dilihat di museum sahaja. Kereta-kereta ini sememangnya telah menjadi lagenda dalam dunia pemotoran. Sangat cool!


1. 1996 McLaren F1 LM

30 November 2011

Berita Kentut : Kanak-Kanak Di'basuh' Sehingga Mati

Budak Lelaki Maut Kena ‘Basuh’

Share Kentut : Trailer Call of Duty Modern Warfare 3

Kentut Cool : Jam Penggera Yang Pasti Membuatkan Korang Bangun Setiap Pagi

Aku pasti ramai diantara kita yang selalu lewat ke tempat kerja kerana bangun lambat. Jam-jam penggera ini dapat membantu korang bangun pagi dengan lebih senang kerana ianya sangatlah annoying. Apa lagi, cepat pergi cari dekat kedai.


1. Sfera Alarm Clock
sfera alarm clock
Alarm clock ini tergantung di atas kepala korang dan akan semakin tinggi setiap kali korang menyentuhnya untuk snooze-kan alarm tersebut.

Kentut Cool : Kostum Star Wars Dari Carbon Fiber

Khas untuk peminat tegar carbon fiber. Selalunya orang akan menggunakan carbon fiber ini untuk menghias kereta. Namun si Leonard Carson dan tiga lagi pembantunya membuat kostum Stormtrooper yang cool dari filem Star Wars dengan mengunakan carbon fiber. Mereka juga menyatakan kos untuk menghasilkan sebuah kostum tersebut boleh digunakan untuk membeli sebuah kereta! What a waste of money, but this is cool..


Kentut Cool : Gambar High Speed Peluru Menembusi Barangan (12 Gambar)

Kelajuan peluru adalah sangat laju dan lagi laju dari kelipan mata kita. Kali ini aku nak share dengan korang gambar peluru menembusi barang-barang yang ada di persekitaran kita pada kelajuan tinggi. Super cool!


Kentut Cool : Mari Melawat Kilang Lamborghini (12 Gambar)

Kali ini aku nak bawa korang melawat kilang Lamborghini yang terletak di Sant'agata BologneseItali. Di sinilah Lamborghini Aventador LP700-4 dihasilkan. Kereta ini sangatlah hebat kerana mampu mencapai kelajuan maksimum selaju 350km/h dan hanya mengambil 2.9 saat untuk mencapai kelajuan 100km/h! Ianya dijual pada harga $379,700. Sila kahwin dengan anak datuk untuk memilikinya. Jom layan gambar proses penghasilan kereta ini.





29 November 2011

Share Kentut : Trailer Grand Theft Auto Five

Aku ni memang tak dinafikan lagi seorang peminat tegar game GTA ini. Semua sekali aku main. Kali ini Rockstar, pengeluar game ini akan membawakan kita GTA yang terbaru iaitu GTA5. Saksikan trailernya
yang awesome ini.

Kentut Fakta : Tahap Obses Dengan Facebook

OMG Kentut : Pasangan Ditangkap Melakukan Seks Di Dalam Keranda (9 Gambar)

Pasangan ini mungkin tidak menyedari adanya CCTV di tempat tersebut. Namun malang bagi mereka ini yang tidak dapat menahan nafsu dan sanggup melakukan seks di dalam keranda sehingga di rakam CCTV. Rakaman CCTV tersebut menunjukkan pasangan tersebut tiba di tempat tersebut sebelum mula bercium dan membuka pakaian mereka. Lain kali sabar la sikit...


Share Kentut : Kompilasi Iklan Lawak

Ada yang lawak dan ada yang bodoh. Layankan ja.


WOW Kentut : Sunland Baobab, Bar Di Dalam Pokok

Sunland Baobab merupakan sebatang pokok Baobab yang sangat terkenal di Afrika Selatan. Ia dianggarkan berusia 6000 tahun! Pokok ini mempunyai diameter 47 meter dan ketinggian setinggi 22 meter yang mana ianya sangat besar sehingga mampu menempatkan sebuah bar kecil di dalamnya. Bar tersebut sebenarnya telah dibina di dalam pokok tersebut pada tahun 1933 dan sehingga kini ia masih beroperasi. Bar ini juga mampu memuatkan 15 orang pada satu-satu masa. Teringin nak ada rumah dalam pokok.



Kentut Kreatif : Sulaman Menggunakan Rambut (5 Gambar)

Zaira Pulido merupakan seorang artist dari Columbia yang menggunakan sesuatu yang lain dari benang untuk membuat sulaman. Beliau menggunakan rambut! Ya, korang tak tersalah baca, beliau menggunakan rambut-rambut yang diperoleh dari rakan-rakannya sebelum menyulam wajah mereka. So, kalau rasa nak ada sulaman wajah sendiri dengan menggunakan rambut, korang boleh la pergi jumpa dia dan bagi rambut korang banyak-banyak.



OMG Kentut : Takabisha, Roller Coaster Tercuram Di dunia

Korang penah naik roller coaster dekat genting? Kalau korang rasa yang itu tak cukup menakutkan, korang kena cuba Takabisha. Guinness Book of World Records telah mengiktiraf Takabisha, roller coaster di Taman Hiburan Fuji-Q Highland sebagai yang tercuram di dunia. Takabisha mempunyai ketinggian 144 kaki dan kecuraman 120 darjah! Kelajuan pula mencecah 100 km/s! Walaweh, laju nak mampus. Korang berani ke? Aku macam nak try!



28 November 2011

Kentut Kreatif : Seni Lukisan Tangan Menyerupai Haiwan (13 Gambar)

Guido Daniele merupakan seorang pereka ilustrasi yang telah membuat beberapa ilustrasi yang sangat awesome untuk iklan, program tv dan banyak lagi. Karya terbarunya adalah yang digelar 'Handimal' ini. Ianya sangatlah cool!


OMG Kentut : 10,000 Forever Alone Dari China Hadiri Pesta Cari Jodoh (5 Gambar)

Kita memang dah tahu yang China mempunyai jumlah penduduk yang sangat ramai. Namun pernah tak korang terfikir bahawa ramai juga penduduknya yang forever alone. Pesta Cari Jodoh yang pertama telah diadakan di bandar Songjiang selama 2 hari dan dikatakan lebih dari 5000 perempuan dan 4000 orang lelaki yang hadir! So sapa-sapa yang rasa nak cari jodoh juga pergi la ke China.


Share Kentut : Gol Messi Dalam FIFA 12

OMG Kentut : Aksi Berani Mati Di India Talent Show

Sebuah rancangan di India, "Adhurs: The Ultimate Talent Show" memaparkan sebuah kumpulan dengan aksi berani mati mereka ini. Kumpulan yang bergelar Warriors of Goja ini siap sempat menyanyi lagi sebelum beraksi. Memang betul-betul kentut berapi!

Gosip Kentut : Respon Khairul Fahmi Isu Skandal Shida Harmi



Kentut Kreatif : Poster Versi WTF!

Poster-poster yang menggunakan tema WTF oleh Minga. Sumpah kreatif!


27 November 2011

Kentut Kreatif : Apabila Dunia Dipenuhi Dengan Orang Halimunan

Pernah tak korang bayangkan bagaimana jika semua manusia menjadi halimunan? Karya seni Immanuel,
seorang artist dari Helsinki ini menunjukkan sebuah empayar orang halimunan yang sungguh kreatif. Aku pun nak jadi halimunan juga!


Kentut Cool : Poster Propaganda Perang Media Sosial (9 Gambar)

Kalau media sosial kat dunia ni seperti Facebook, Twitter dan Google+ berperang, mungkin poster propaganda ini yang mereka akan gunakan. 


Share Kentut : 'Xmas Declarations' Bom Tangan Untuk Pokok Krismas (4 Gambar)

Sekadar nak share. Pokok Krismas selalunya akan dibuat oleh penganut agama Kristian ketika Krismas dan hiasan yang digunakan kebiasaannya berbentuk bola. Hiasan yang aku share ni unik sikit kerana berbentuk bom tangan.


Kentut Cool : Poster Filem Versi Minimal

Poster-poster filem terkenal yang telah direka semula dalam versi yang sangat simple. Less is more!



Kentut Lawak : Ayat Cinta Bagi Golongan Nerd

Jangan ingat budak nerd yang selalu dapat nombor 1 dalam kelas korang tu tak ada keinginan nak bercinta dan tak pandai nak berjiwang. Mereka lagi expert korang tau. Kalau tak percaya tengok poster kat bawah ni. Siap boleh kaitkan dengan subjek pelajaran kat sekolah lagi tu. So people, I lava you!


Kentut Kreatif : Rumah Terbiar Yang Nampak Real Dibuat Menggunakan Lego (7 Gambar)

Zaman kecik-kecik dulu aku selalu cuba bina bangunan menggunakan Lego tapi mesti berakhir dengan bentuk yang entah apa-apa macam sakai lagi. Hasil karya Mike Doyle yang korang tengok ini dibuat sepenuhnya menggunakan Lego tanpa menggunakan sebarang benda asing seperti gam, kayu dan sebagainya. Memang awesome!


Share Kentut : Social Network 2



Kentut Cool : Gambar Titisan Air Pada Kelajuan Tinggi (10 Gambar)

Kali ini aku nak share dengan korang gambar-gambar titisan air yang sangat cool di mata aku yang buta seni ni. Aku mana la reti nak komen-komen bab seni ni, bab kentut memang aku dah expert. Tapi titisan air ni aku nampak cantik dan unik. Jom layan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...