Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

10 December 2011

WOW Kentut : Potret Dari 3.2 Juta Titik Dakwat (5 Gambar)

Dengan menggunakan teknik stippling, Miguel Endara menghasilkan sebuah lukisan potret bapanya yang sangat awesome. Dia menghabiskan 210 jam untuk menyiapkan lukisan potret ini dan sejumlah 3.2 juta titik dakwat terdapat di dalam potret tersebut. Saksikan video di hujung entri untuk melihat proses penghasilan potret ini.



Kentut Cool : Seni Menyamar Yang Hebat (11 Gambar)

Seni menyamar dari Liu Bolin ini sangatlah hebat. Ianya hanyalah bodypaint yang sama dengan latar belakang namun apa yang menariknya adalah ia akan membuatkan Liu Bolin tidak kelihatan. Dia menghabiskan beberapa jam hanya untuk mendapatkan kedudukan yang tepat sebelum mendapat gambar yang sempurna..


Kentut WTF : Lelaki Paling Serius Dalam Dunia! (10 Gambar)

Walaupun pergi ke Disneyland di mana tempat yang penuh dengan keriangan dan keceriaan tidak mampu membuatkan lelaki ini serius. Patut masuk dalam Guinness Book of World Record sebagai lelaki paling serius di dunia budak ni sorang...


Share Kentut : Main Lagu Marry You Menggunakan iPhone Piano (Video)

Serius best!

Kentut Cool : Solekan Mengubah Wajah Seorang Model Menjadi Semakin Tua Dan Muda (6 Gambar)

Hanya dengan solekan tebal dan pengcahayaan, wajah seorang model dapat ditukar untuk kelihatan semakin tua dan muda. 

10 Tahun

Kentut Cool : Super Car Yang Berharga $1000 Sahaja! (5 Gambar)

The Traxxas XO-1 merupakan sebuah super car yang mampu mencapai kelajuan 100mph kurang dari 5 saat dan harganya hanyalah $1000! Pergh, ini kereta apa yag murah sangat? Tata Nano kereta termurah di dunia pun harganya $2879.8. So apa lagi, rembat la satu sekarang. Super car murah ni...


9 December 2011

Share Kentut : Gambar Wajah Yang Dilukis Ketika Khayal (8 Gambar)

Bila seseorang itu sudah khayal, pelbagai perkara aneh yang dia akan nampak. Macam mana pula mereka nampak diri mereka sendiri ketika khayal? Jom layan gambar di bawah..


Kentut Lawak : Wajah Manusia Yang Sama Dengan Ikan Yang Akan Dimakannya (5 Gambar)

Ted Sabarese seorang jurugambar dari New York menghasilkan karyanya yang pelik iaitu gambar wajah manusia yang sama dengan ikan yang akan dimakannya. Aku tengok pun memang sama..


OMG Kentut : Lelaki Tikam Teman Wanita Di Depan Orang Ramai (Video)

Kejadian ini berlaku di China. Seorang lelaki dirakam CCTV bertengkar dengan teman wanitanya sebelum bergelut dan menikam mangsa lebih dari 20 kali! Bukan itu sahaja lelaki tersebut juga dilihat memijak kepala mangsa beberapa kali. Orang ramai yang berada di situ hanya melihat dan tidak melakukan apa-apa. Sadis!





ps: orang ramai hanya melihat kerana undang-undang di China akan menyusahkan lagi orang yang menolong. 


bestoneoffour

OMG Kentut : Dinding Gula Getah Di California (6 Gambar)

Sebuah lorong di San Luis Obispo, California digelar Bubblegum Alley kerana dinding di lorong tersebut yang berukuran 15 kaki tinggi dan 70 kaki panjang dipenuhi dengan gula-gula getah yang telah digunakan.

Memang jijik betul la tempat ini. Kalau aku terpijak gula getah yang orang buang atas lantai pun da geli semacam, inikan pula dinding dipenuhi gula-gula getah. Pelik-pelik je tempat tarikan pelancong mereka ini.


Share Kentut : Bagaimana Mereka Naik? (3 Gambar)

Korang tengok gambar kat bawah ni dan komen sikit bagaimana mereka naik.


8 December 2011

OMG Kentut : Gan Lulu Bikin Kecoh di Pameran Kereta Kerana Berpakaian Seksi

Gan Lulu seorang selebriti internet yang menjadi terkenal kerana memuat naik video bogelnya untuk mencari kekasih kini menimbulkan satu lagi isu apabila berpakaian menjolok mata ketika menjadi model kereta pada  pameran kereta Nanning-ASEAN baru-baru ini.


Pakaiannya yang mendedahkan sebahagian besar dadanya itu telah menarik perhatian ramai lelaki sehinggakan menimbulkan kekecohan dan dia perlu diawasi oleh pengawal keselamatan sepanjang berada di situ. Manusia sanggup lakukan apa sahaja demi populariti..


OMG Kentut : Lelaki Mengubah Menjadi Wanita Dengan Bantuan Solekan (4 Gambar)

Hanya dengan bantuan solekan dan tanpa pembedahan seorang lelaki telah berjaya mengubah wajahnya untuk menjadi seorang wanita yang cantik! Kalau ter-mengorat ni memang naya...


Kentut Cool : Rumah Gelongsor Yang Luarbiasa (8 Gambar)

Bukan rumah ini menggelonsor tapi dalam rumah ini terdapat gelongsor yang menghubungkan setiap tingkat. Kalau korang di tingkat 3 dan rasa malas nak turun tangga, korang boleh gelongsor sahaja untuk ke tingkat 2. Best kan?


Rumah yang direka oleh Japanese Studio LEVEL Architect ini terletak di Meguro-ku, Jepun dan berkeluasan 1762 kaki persegi. Aku nak ada gelongsor juga dalam rumah aku supaya makin senang aku nak ternak lemak dalam badan. hehe....


Kentut Lawak : Iklan Sushi Dari Jepun Yang Lucu (Video)

LOL!

Kentut Cool : Seni Meleraikan Barangan Secara Teliti (7 Gambar)

Sangat rajin. Itulah yang boleh aku katakan kepada Todd McLellan kerana dengan teliti beliau meleraikan komponen-komponen barangan seperti kamera lama dan mesin taip satu demi satu sehingga terhasilnya karya yang sangat cool ini. 

Beliau pada mulanya membuka dan mengasingkan mengikut jenis sebelum diletakkan di atas latar belakang putih. Kemudiannya beliau menyusunnya supaya nampak seolah-olah barang tersebut berkecai. Sungguh kreatif!


OMG Kentut : Arnab Hidup Dengan Mewah (7 Gambar)

Sepasang arnab, Hunnie dan Runnie hidup serba mewah di dalam 'rumah' mereka yang berharga lebih kurang 10,000 euro! Rumah mereka tersebut dibuat dari kayu pokok pinewood dan dilengkapi lampu LED.


Ianya juga turut mempunyai alat pemanas serta CCTV yang disambung terus ke TV di dalam bilik pemiliknya yang merupakan seorang juruelektrik, Jason Batterbee.

Rumah itu berkeluasan 7 kaki lebar dan 4 kaki tinggi serta mempunyai berat 1 tan. Mewah sungguh arnab-arnab ni ye...


7 December 2011

OMG Kentut : Guru Kung Fu Imbang Badan Di Atas Paku Menggunakan Kepala (5 Gambar)

Sorang guru kung fu di China, Li Xin telah berlatih untuk melakukan aksi ini selama lebih 20 tahun. Dia berjaya melakukan aksi tersebut dengan menimbangi badannya menggunakan kepalanya di atas sebatang paku yang besar selama 10 saat! Li Xin tidal mengalami apa-apa kejadian dan hanya meninggalkan kesan sedikit di atas kepalanya itu.


Kentut Lawak : Matrix Versi Jepun (Video)

Share Kentut : Gambar Mark Zuckerberg Bersama Kekasih dan Rakan Tersebar (

Kali ini aku nak kongsi dengan korang beberapa gambar Mark Zuckerberg, bos besar Facebook bersama kekasih dan rakan-rakannya menghabiskan masa bersama sambil memasak dan makan malam. Walaupun
Mark Zuckerberg mempunyai aset bernilai lebih $17.5 billion, namun kehidupannya sama seperti lelaki lain.


OMG Kentut : Melukis Menggunakan Puting (7 Gambar)

Menjadikan puting payudaranya sebagai berus untuk melukis! Inilah yang terjadi apabila ingin menjadi lain dari yang lain. Hasil karya Kira Ayn Varszegi ini kesemuanya dilukis menggunakan putingnya yang telah disapu dengan cat. Pelik-pelik manusia sekarang...


Share Kentut : Apa Yang Ada Dalam Almari Adik Beradik Kardashian (10 Gambar)

Aku ni bukan lah peminat kardashians pun tapi hari ini terasa macam nak kongsi dengan korang apa yang ada dalam almari mereka ini. Jom kita selongkar almari mereka...

 Kim Kardashian

WOW Kentut : Jalan Raya Di Vietnam Yang Tiada Lampu Isyarat (Video)

Walaupun sesak yang amat, tetapi jalan ini tidak diletakkan lampu isyarat. Dan yang paling pelik, tak ada langsung kemalangan. Pergh, cekap depa ni bawa moto!

Kentut Kreatif : Tirai Tingkap Yang Menipu (3 Gambar)

Sekali pandang, gambar di bawah ini seperti tiada apa-apa yang menarik dan hanyalah sebuah tingkap yang biasa kita lihat di pejabat. Namun, sebenarnya rekaan Makoto Hirahara ini sangatlah unik kerana ianya bukanlah tingkap tetapi hanya tirainya yang mengeluarkan cahayanya sendiri dan berfungsi sebagai lampu.


Kentut Cool : Gambar Serangga Dari Jarak Dekat (7 Gambar)

Hari ini aku nak kongsi dengan korang gmbar-gambar serangga dari jarak dekat yang sangat cantik. Aku tau ramai yang tak suka serangga kan, tapi bila dilihat gambar jarak dekat ini nampak mereka pun cantik juga..



6 December 2011

OMG Kentut : Kemalangan Kereta Paling Mahal (4 Gambar)

Kejadian yang berlaku di Jepun ini dianggap sebagai kemalangan kereta yang paling mahal dalam sejarah. Kemalangan ini melibatkan 14 buah kereta kesemuanya termasuk 8 buah Ferrari, 3 Mercedes, sebuah Lamborghini, dan sebuah Skyline! Tukang kentut tak faham macam mana semua kereta ini boleh terlibat dalam satu kemalangan. Mereka tengah berekspedisi ke apa? Apa-apa pun memang dasyat la kemalangan ini. Rugi wo!


OMG Kentut : 'Walk Of Faith' Laluan Kaca Setinggi 4690 Kaki Di China (5 Gambar)

Walk Of Faith merupakan laluan berlantaikan kaca setinggi 4690 kaki di atas bukit Zhanjiajie Tianmen di China. Lantainya yang diperbuat dengan kaca adalah untuk membolehkan pengunjung melihat ke bawah. Pastinya akan membuat semua pengunjung berasa gayat ke tahap maksimum! Korang berani ke nak cuba?


Kentut lawak : Papan Tanda "Tutup" Paling Unik (10 Gambar)

Macam-macam orang tulis nak bagaitahu kedai atau servis mereka tutup. Kreatif!


Kentut Cool : Mari Melawat Gudang Amazon.Com (6 Gambar)

Amazon.com merupakan sebuah online retailer yang terbesar di dunia. Jadi dengan statusnya itu wajiblah amazon mempunyai gudang yang amat besar bagi memenuhi pesanan pelanggan dari seluruh dunia setiap hari. Gudang amazon ini mempunyai banyak kotak tetapi masih tersusun rapi. Ada sesiapa nak minta kerja dengan amazon? Tengok macam pekerja tak cukup je tu..


Kentut Cool : Barang-Barang Dipakaikan Baju Yang Dikait (12 Gambar)

Selalunya orang akan kait baju sejuk ataupun sarung tangan untuk dipakai pada musim sejuk. Tapi kali ini aku nak kongsikan barang-barang yang dipakaikan dengan baju yang dikait. Jom layan..


Kentut WTF : Seorang Lelaki Menjadikan Anak Kucing Makanan Ular Sawa (8 Gambar)

Semalam aku ada kongsikan gambar manusia yang prihatin terhadap haiwan. Hari ini aku terjumpa beberapa keping gambar seorang lelaki memberi anak kucing sebagai makanan kepada ular sawa siam peliharaannya. Sangat tidak bagus kerana anak kucing tidak sesuai dijadikan makanan ular sawa.


OMG Kentut : Seorang Suami Selongkar Sampah Untuk Mencari Cincin Isteri (8 Gambar)

Brian McGuinn dari Florida tidak sengaja terbuang cincin perkahwinan isterinya yang bernilai $10,000 ke dalam tong sampah  bersama pencukur terpakainya. Malang baginya apabila menyedari perkara tersebut hanya setelah syarikat pengutip sampah telah mengutip sampah di kawasan kejiranan mereka.


5 December 2011

Kentut Lawak : Situasi Yang Janggal (Video)

Sebuah video yang sangat awesome! Insiden-insiden yang janggal siap dengan mimik muka sekali.

WOW Kentut : Baju Dari Kepingan Coklat (7 Gambar)

Ini semua adalah baju yang dicipta daripada coklatdan diperagakan pada pertunjukkan fesyen 'Salon du Chocolat' (Chocolate Fair) di Paris. Kalau cair ni best juga. Hehe...


OMG Kentut : Anjing Jalanan Dibersihkan Untuk Pertama Kali (8 Gambar)

Anjing jalanan ini telah diambil oleh Persatuan Penjagaan Haiwan Quebec untuk dicuci kerana ianya sangat kotor dan mempunyai bulu yang sangat tebal. Bulunya itu yang sudah mengeras membuatkannya nampak 2 kali lebih besar dari saiz asalnya. Apa yang boleh aku katakan, manusia masih prihatin terhadap haiwan...


Kentut Fakta : Fakta Mengenai Black Friday

Share Kentut : Apabila Mario Masuk Dunia Sebenar (Video)

Cool~

Kentut Fail : Aiskrim Itali Yang Fail

Fail!


OMG Kentut : Makanan Paling Menjijikkan Dalam Dunia (8 Gambar)

Dunia kita ini sebenarnya dipenuhi dengan pelbagai makanan yang pelik dan menjijikan. Bagi orang yang mampu memakannya, mungkin ianya makanan yang sedap. Sama seperti mat saleh tengok kita makan durian. Tapi yang nak aku kongsikan ni memang betul-betul menjijikkan. Jangan tengok kalau korang akan makan dalam masa terdekat.



WOW Kentut : Kandang Keldai Dijadikan Bilik Hotel (3 Gambar)

Bersempena dengan perayan Krismas yang akan datang, sebuah keluarga telah mengubah kandang keldai di ladang mereka untuk dijadikan bilik hotel pada harga 12euro satu malam. Bilik ini menyediakan wifi internet dan katil yang diperbuat daripada jerami. Kalau nak rasa pengalaman tido dalam kandang keldai korang boleh pergi melawat Sussex, UK.


4 December 2011

OMG Kentut : Perubahan Dari Lelaki Kepada Wanita Dalam 2 Tahun (15 Gambar)

Dalam masa 2 tahun seorang lelaki yang mempunyai badan yang sasa telah bertukar menjadi seorang wanita. Lelaki lain bermati-matian nak badan yang tegap macam dia tapi dia pula nak tukar jadi wanita. Dumb ass!


Share Kentut : Meluncur Di Dalam Empangan (Video)

Macam best je meluncur dalam empangan. Tapi kenapa dalam video ni cameraman dia pula yang over excited?

Kentut Sedih : Masa-Masa Terakhir Banduan Di China (13 Gambar)

Banduan-banduan ini dijatuhi hukuman mati setelah bersalah atas kesalahan membawa dadah. 12 jam sebelum mereka dijatuhi hukuman tersebut, seorang jurugambar telah datang untuk menangkap gambar-gambar terakhir mereka. Korang tengok jela gambar-gambar ini. Aku pun dah tak tahu nak komen apa lagi..



Kentut Cool : Lukisan Menggunakan Pensel Yang Realistik (10 Gambar)

Paul Lung merupakan seorang pereka grafik yang berasal dari Hong Kong, mempunyai kemahiran yang amat luarbiasa. Dia mampu melukis "gambar" potret yang realistik hanya dengan menggunakan sebatang pensel dan langsung tidak menggunakan pemadam! Sekali tengok memang susah nak percaya bahawa semua ini hanyalah lukisan kerana ianya sangatlah real! Pro habis dia ni sorang...


Share Kentut : Hanya Berlaku Di India (10 Gambar)

Koleksi gambar-gambar hanya berlaku di India.



Kentut Lawak : Hadiah Paling Sesuai Untuk Kekasih (Video)

Makin bertambah sayang la pasangan korang dekat korang nanti..

Kentut Lawak : Apabila Peguam Promosikan Diri (12 Gambar)

Mungkin di luar negara peguam yang hebat-hebat terlampau ramai sehinggakan mereka perlu memasang papan iklan yang besar untuk menarik pelanggan menggunakan khidmat mereka. Yang tak tahannya, macam-macam ayat mereka guna. Peguam pun ada humour sense juga kan? Aku ingatkan peguam ni serius je memanjang...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...