Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

Showing posts with label WOW Kentut. Show all posts
Showing posts with label WOW Kentut. Show all posts

7 June 2012

WOW : Garfield Di Dunia Nyata

Seekor kucing seberat 18 kg, merupakan kucing terbesar di Pusat Perlindungan Haiwan U.S. Ianya bernama Garfield kerana warna bulunya dan saiz badannya menyerupai watak kartun tersebut. Garfield telah dibawa ke pusat perlindungan tersebut setelah pemilik asalnya meninggal dunia..



WOW : Kanuhura Maldives Tempat Percutian Yang Sangat Cantik

Kanuhura Resort yang terletak di sebuah pulau terpencil di Maldives merupakan sebuah tempat percutian yang sangat cantik dan memukau. Berada di sana umpama berada di syurga dunia kerana pulau tersebut sangat cantik dan bebas dari segala jenis pencemaran...



6 June 2012

WOW : Pejabat Google Di London Yang Menyeronokkan

Google sememangnya sebuah syarikat yang hampir semua orang ingin bekerja di dalamnya. Bukan sahaja gaji yang ditawarkan lumayan, malah pejabat Google juga kelihatan sangat selesa dan menyeronokkan. Ianya tidak seperti pejabat-pejabat lain yang kelihatan muram dan penuh dengan stress. Di Google, semuanya kelihatanan ceria dan bertenaga. Jom lihat pejabat Google di London..



2 June 2012

WOW Kentut : Inikah Bartender Paling Hebat ?

Lelaki ini mempamerkan kebolehan yang luarbiasa sebagai seorang bartender dalam rancangan Ukraine's Got Talent. Adakah dia bartender paling hebat?

1 June 2012

WOW Kentut: Lelaki Yang Lebih Gagah Dari Superman

Korang lihat lah sendiri mengapa aku kata lelaki ini lebih gagah dari Superman. Bagi yang perempuan, sila tanya ayah, boyfriend atau abang anda untuk info selanjutnya. Hehehe....



28 May 2012

WOW Kentut : Kolam Renang Paling Dalam Dan Terbesar Di Dunia

Kolam renang paling dalam dan terbesar di dunia ini terletak di San Alfonso del Mar Resort, Chile. Ianya mengambil masa 5 tahun sebelum siap sepenuhnya pada tahun 2006 dengan belanja £1 million. Kolam ini mempunyai kedalaman 115 kaki dan seluas 20 ekar. 




21 May 2012

WOW Kentut : 'Monsanto' Perkampungan Yang Dibina Di Kawasan Bukit Berbatu

Monsanto merupakan sebuah perkampungan yang sunyi terletak di bandar Serra da Estrela, Portugal. Apa yang menariknya dengan kampung ini ialah rumah-rumah yang terdapat disitu dibina antara batu-batu besar yang terdapat di situ dan jalannya pula hanya diukir daripada batu tersebut. Perkampungan Monsanto ini juga dikatakan telah wujud sejak berabad-abad dahulu dan dikekalkan sehingga hari ini. 





5 January 2012

WOW Kentut : Majlis Pengkebumian Mafia Taiwan Yang Besar-Besaran

Mari melawat majlis pengkebumian mafia Taiwan ini yang diadakan secara besar-besaran. Banyak kot anak buah dia. Sekali cari pasal, memang balik tak bernyawa la..



31 December 2011

WOW Kentut : Tornado Kick Yang Sangat Hebat

Sekali je mamat ni bagi tornado kick, rebah terus lawan dia tu. Memang hebat la abang ni sorang..




Saksikan video selepas ini

18 December 2011

WOW Kentut : Sawah Padi Di Jepun Yang Awesome (9 Gambar)

Orang Jepun memang kreatif. Sawah padi mereka pun terdapat lukisan mural yang sangat awesome. Mereka tidak menggunakan sebarang pewarna sebaliknya hanya menggunakan pokok padi dari jenis yang berbeza untuk mendapatkan lukisan tersebut.



15 December 2011

WOW Kentut : Istana Hohenzollern Yang Memukau (5 Gambar)

Istana-istana di Jerman yang dibina pada zaman pertengahan memang dikenali kerana kecantikan senibinanya. Salah satu darinya ialah Istana Hohenzollern. Istana ini dibina di puncak Gunung Hohenzollern yang berada pada ketinggian 2,805 kaki dari paras laut.


11 December 2011

WOW Kentut : Pantai Kaca Di California (6 Gambar)

Sebuah pantai di California tidak dipenuhi dengan pasir halus yang lembut pada kaki namun ianya dipenuhi dengan kaca yang mempunyai permukaan yang lembut dan berwarna-warni. Disebabkan itulah ia digelar Glass Beach.


Sejarahnya bermula pada awal kurun ke 20, penduduk Fort Bragg membuang sampah di tebing yang mana merupakan Glass Beach sekarang. Sejak 1949, tempat tersebut menjadi pusat pembuangan sampah bagi penduduk berhampiran kawasan tersebut. 


Pada 1967, pemimpin bandar telah menutup kawasan itu dan selepas berdekad lamanya, ombak telah menghakis sampah dan kaca di situ sehinga terbentuknya kaca yang licin, kecil dan berwarna-warni tersebut.


10 December 2011

WOW Kentut : Potret Dari 3.2 Juta Titik Dakwat (5 Gambar)

Dengan menggunakan teknik stippling, Miguel Endara menghasilkan sebuah lukisan potret bapanya yang sangat awesome. Dia menghabiskan 210 jam untuk menyiapkan lukisan potret ini dan sejumlah 3.2 juta titik dakwat terdapat di dalam potret tersebut. Saksikan video di hujung entri untuk melihat proses penghasilan potret ini.



7 December 2011

WOW Kentut : Jalan Raya Di Vietnam Yang Tiada Lampu Isyarat (Video)

Walaupun sesak yang amat, tetapi jalan ini tidak diletakkan lampu isyarat. Dan yang paling pelik, tak ada langsung kemalangan. Pergh, cekap depa ni bawa moto!

5 December 2011

WOW Kentut : Baju Dari Kepingan Coklat (7 Gambar)

Ini semua adalah baju yang dicipta daripada coklatdan diperagakan pada pertunjukkan fesyen 'Salon du Chocolat' (Chocolate Fair) di Paris. Kalau cair ni best juga. Hehe...


WOW Kentut : Kandang Keldai Dijadikan Bilik Hotel (3 Gambar)

Bersempena dengan perayan Krismas yang akan datang, sebuah keluarga telah mengubah kandang keldai di ladang mereka untuk dijadikan bilik hotel pada harga 12euro satu malam. Bilik ini menyediakan wifi internet dan katil yang diperbuat daripada jerami. Kalau nak rasa pengalaman tido dalam kandang keldai korang boleh pergi melawat Sussex, UK.


30 November 2011

Kentut Cool : Mari Melawat Kilang Lamborghini (12 Gambar)

Kali ini aku nak bawa korang melawat kilang Lamborghini yang terletak di Sant'agata Bolognese, Itali. Di sinilah Lamborghini Aventador LP700-4 dihasilkan. Kereta ini sangatlah hebat kerana mampu mencapai kelajuan maksimum selaju 350km/h dan hanya mengambil 2.9 saat untuk mencapai kelajuan 100km/h! Ianya dijual pada harga $379,700. Sila kahwin dengan anak datuk untuk memilikinya. Jom layan gambar proses penghasilan kereta ini.





29 November 2011

WOW Kentut : Sunland Baobab, Bar Di Dalam Pokok

Sunland Baobab merupakan sebatang pokok Baobab yang sangat terkenal di Afrika Selatan. Ia dianggarkan berusia 6000 tahun! Pokok ini mempunyai diameter 47 meter dan ketinggian setinggi 22 meter yang mana ianya sangat besar sehingga mampu menempatkan sebuah bar kecil di dalamnya. Bar tersebut sebenarnya telah dibina di dalam pokok tersebut pada tahun 1933 dan sehingga kini ia masih beroperasi. Bar ini juga mampu memuatkan 15 orang pada satu-satu masa. Teringin nak ada rumah dalam pokok.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...