Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

14 December 2011

Berita Kentut : KL Gangster 2 Lebih Ganas! (6 Gambar)


Pengarah, Syamsul Yusuf pernah berkata KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon lama, antaranya Aaron Aziz, Soffi Jikan, Adiputra, Zizan dan Sheera Iskandar.


Syamsul yang menulis sendiri skrip filem tersebut dengan abntuan rizal Ashreff berkata, KL Gangster 2 dijangka memberi cabaran lebih besar daripada segi jalan cerita dan watak-watak yang ditampulkan selain adegan-adegan lasak yang bakal ditampilkan nanti.


Selain skrip, jalan cerita dan mengembangkan lagi watak-watak sedia ada, pengarah muda ini tidak ketinggalan mengundang Rosyam Nor berlakon dalam filem ini.




Kemunculan Rosyam yang akan melakonkan watak ketua penjahat bernama Don dalam filem yang telah menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang sejak 1 Disember lalu itu dijangka menjadikan KL Gangster 2 lebih menarik untuk ditonton.


Aku rasa filem ini akan menjadi box-office sama seperti filem terdahulu kerana pelakon yang digunakan amat hebat dan seperti filem dahulu, pastinya filem ini mampu menarik minat orang ramai untuk menontonnya di pawagam. Aku sendiri pun dah teruja sangat nak tengok filem ni.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...