Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

24 May 2012

Berita Kentut : Bubu Bukan Cucu Raja Selangor, Teman Lelaki Syahrini Disiasat


Mahu menjadi terkenal dengan publisiti murahan. Itulah yang boleh dikatakan tentang kekasih kepada selebriti jelita negara seberang, Syahrini, Bubu apabila dia mengakui bahawa dia adalah keluarga kerabat diraja Selangor.


Pengakuan yang dibuat Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni secara terbuka itu telah sampai ke pengetahuan DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dan ia telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang kemudiannya telah mengarahkan pihak kerajaan Selangor untuk menyiasat identiti sebenar Bubu.

Menurut satu sumber kepada laman detikHot, "Kerajaan Selangor sangat marah dengan kenyataan Bubu. Mereka sedang mencari dan akan menyiasat identiti sebenar Bubu." 

Tambahnya lagi, keluarga kerabat diraja Selangor menggunakan gelaran 'Tengku' dan bukannya 'Raja' seperti yang didakwa oleh Bubu sebelum ini. Penggunaan 'Raja' biasanya dipakai oleh keluarga kerabat diraja Perak.

"Kerajaan Selangor telah mengesahkan bahawa Bubu bukanlah cucu Raja Selangor," jelas sumber itu lagi. 

Sebelum ini, Bubu yang ditemui pada minggu lepas di Hotel Royal, Bogor telah menafikan bahawa dia bukan berasal dari Bogor seperti yang didakwa sesetengah pihak media. 

"Saya keturunan raja, saya cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, jadi tak semua orang di Malaysia boleh memakai nama itu," kata Bubu ketika itu.



source

2 comments:

Syak said...

hewhew..semua nak cri publisiti mrahan..jdi dri sndiri suda..

ehh tuan blog,,rjin snggh la sini..bleh tkar2 info bru :)

Tukang Kentut said...

agak la..nak populariti je semua ni..
ok akan disiggah nnti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...