Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

Showing posts with label Gosip Kentut. Show all posts
Showing posts with label Gosip Kentut. Show all posts

6 June 2012

Gosip : Perkahwinan Adda Butterfly Bertahan Hanya 17 Hari



Nur Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin.

Adda yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem 'Mael Lambong' mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.

"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," jelasnya.

Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja.

Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.

Terkini, dia dalam proses mempromosikan album kumpulan Butterfly bertajuk 'Lelaki Pilihan'.

24 May 2012

Gosip Kentut : Gambar Fazura Dan Tengku Mahkota Johor Di Singapura

Seorang artis Malaysia yang memang cun, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, TMJ. Jom lihat gambar-gambar mesra Fazura dan TMJ sewaktu di Universal Studios, Singapura.



29 December 2011

Gosip Kentut : Aksi-Aksi Nakal Bunga Cinta Lestari Berparti Tersebar Lagi

Gambar Bunga Cinta Lestari bersosial di kelab malam sambil merokok dan segelas 'teh o ' tersebar lagi. Tidak dapat dipastikan bilakah gambar ini dirakam. Ada yang mengatakan ianya masih baru namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh pengurus Bunga Cinta Lestari sendiri yang mengatakan dia tidak lagi meminum minuman keras selepas mempunyai anak dan tidak lagi berparti kerana sibuk menguruskan anaknya. Apa yang pasti Asyraf Sinclair turut berada di situ dan tersenyum. Suke ke bang bini peluk-peluk laki lain? 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...