Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima
Showing posts with label Berita Kentut. Show all posts
Showing posts with label Berita Kentut. Show all posts
15 August 2012
Berita : Atlit Olimpik Enggan Tinggalkan London
London – Sukan olimpik 2012 telah digunakan sepenuhnya oleh atlet dari negara Afrika untuk mengelak daripada dihantar pulang ke negara masing-masing..
Setakat ini 15 atlet telah menghilangkan diri atau mengemukakan permohonan suaka bagi membolehkan mereka menetap di Britain.
Menurut Jabatan Imigresen Britain, jumlah tersebut dijangka meningkat terutama memandangkan visa atlet terbabit hanya tamat pada bulan November ini, justeru memberi peluang kepada mereka untuk mencari penaja bagi membolehkan mereka menetap di situ.
Antaranya adalah lima atlet dari Cameroon yang nekad tinggal di Britain.
29 May 2012
Berita Kentut : Nazmi Faiz Mendapat Gaji RM300,000 Sebulan?
JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.
Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.
"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.
Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.
Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu. - SH
27 May 2012
Berita Kentut : Sah Bubu BUKAN Cucu Sultan Selangor
SHAH ALAM – Kerabat Diraja Selangor mengesahkan Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid, kekasih artis Indonesia Syahrini bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti didakwa.
Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni.
“Saya mengesahkan bahawa Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,” katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
Terdahulu, Syahrini melalui portal hiburan Indonesia, detikhot. com mendakwa menjalinkan hubungan dengan seorang Kerabat Diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.
Beliau berkata, mereka bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010. Manakala Bubu pula mengesahkan dirinya merupakan Kerabat Diraja Selangor dan bukan berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia sebelum ini.
“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.
“Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu,” kata Bubu. (Sinar Harian)
Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni.
“Saya mengesahkan bahawa Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,” katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
Terdahulu, Syahrini melalui portal hiburan Indonesia, detikhot. com mendakwa menjalinkan hubungan dengan seorang Kerabat Diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.
Beliau berkata, mereka bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010. Manakala Bubu pula mengesahkan dirinya merupakan Kerabat Diraja Selangor dan bukan berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia sebelum ini.
“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.
“Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu,” kata Bubu. (Sinar Harian)
25 May 2012
Berita Kentut : Tapak Niaga Di Depan Rumah Ambiga Habis 'Dijual'
Kesemua 60 tapak perniagaan depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga yang ‘dijual’ oleh kumpulan peniaga anti-BERSIH habis dijual dengan jualan tertinggi RM5,000 untuk tapak utama.
Jualan itu dibuat pantas oleh Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi selepas bertemu Datuk Bandar.
Peniaga makanan dan minuman Ahmad Diah Ali yang mendapat tapak utama – betul-betul depan rumah Ambiga – sanggup membayar RM5,000 untuk kerana tidak berpuas hati dengan Ambiga.
“Saya sanggup bayar RM5,000 sebab saya tak puas hati dengan Ambiga. Kerana dia, peniaga yang selama ini berniaga dengan bersih menjadi kacau.
“Saya nak tunjuk tak puas hati saya dengan meniaga depan rumah Ambiga,” kata Ahmad Diah, 51, kepada pemberita selepas membuat bayaran tunai.
Selain itu, tapak lain habis dijual dengan harga RM100 setiap satu.
Semalam, MBPKL berkata lelongan itu untuk menampung kos menganjurkan demonstrasi anti-BERSIH pada 24 dan 25 Mei ini.
Menamakan perhimpunan itu “BERSIH 4.0″, ketuanya Datuk Jamal Md Yunus menganggarkan seramai 10,000 akan hadir dalam demonstrasi bagi “mencucikan BERSIH 1,2,3″ itu.
Kumpulan itu merancang untuk membuka gerai jualan pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam dengan sasaran mendapat pulangan antara RM300 hingga RM500 sehari. - Malaysiakini
24 May 2012
Berita Kentut : Gadis Lelong Dara Telah Menemui Pemenangnya
MANNHEIM, Jerman : Seorang pelajar kolej dari Romania, Alina Percea, yang melelong daranya di Internet sejak dua bulan lalu akhirnya melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki berusia 45 tahun yang menjadi pemenang lelongan daranya, lapor sebuah akhbar semalam.
Remaja jelita berumur 18 tahun itu tidur bersama lelaki tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan dari Bologna, Itali.
Lelaki itu memenangi bidaan dengan harga AS$13,599 (RM48,159) sekali gus berjaya mendapat dara Alina.
Namun dia tidak memberitahu Alina sama ada dia sudah berkahwin.
Dia turut membiayai kos penerbangan Alina ke Itali dan mereka menginap di sebuah hotel mewah di Venice.
Ketika Alina tiba di sebuah lapangan terbang di Venice, lelaki itu datang menyambutnya dengan senyuman dan menghadiahkan sekotak coklat dan berkata: “Selamat datang ke Venice.”
Wajah lelaki itu kelihatan lebih muda, berpakaian kemas, berambut hitam, bermata hijau dan sentiasa tersenyum.
Alina bersama ahli perniagaan itu sempat bersiar-siar di sekitar Venice sebelum pulang ke hotel dan melakukan hubungan seks tanpa memakai kondom.
“Kami mula bercium dan menanggalkan baju masing-masing. Dia kemudian membaringkan saya di atas katil dan mencium tubuh saya.
“Kemudian kami mula melakukan hubungan seks. Saya mula tertarik dengan lelaki itu dan menikmati hubungan seks bersamanya walaupun terasa sakit,” kata remaja itu.
Menurutnya, dia hanya melakukan hubungan seks bersama lelaki itu sekali sahaja sebelum tertidur.
Keesokan hari mereka bersarapan bersama dan merancang untuk bertemu lagi selepas itu.
Bagaimanapun, wang yang diperoleh daripada bidaan itu lebih rendah daripada jumlah wang yang diimpikan Alina iaitu AS$77,427 (RM273,899).
Alina melelong daranya dengan tujuan untuk memperoleh wang bagi membiayai kos pembelajarannya di sebuah kolej. – Agensi
Berita Kentut : Bubu Bukan Cucu Raja Selangor, Teman Lelaki Syahrini Disiasat
Mahu menjadi terkenal dengan publisiti murahan. Itulah yang boleh dikatakan tentang kekasih kepada selebriti jelita negara seberang, Syahrini, Bubu apabila dia mengakui bahawa dia adalah keluarga kerabat diraja Selangor.
Pengakuan yang dibuat Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni secara terbuka itu telah sampai ke pengetahuan DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dan ia telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang kemudiannya telah mengarahkan pihak kerajaan Selangor untuk menyiasat identiti sebenar Bubu.
Menurut satu sumber kepada laman detikHot, "Kerajaan Selangor sangat marah dengan kenyataan Bubu. Mereka sedang mencari dan akan menyiasat identiti sebenar Bubu."
Tambahnya lagi, keluarga kerabat diraja Selangor menggunakan gelaran 'Tengku' dan bukannya 'Raja' seperti yang didakwa oleh Bubu sebelum ini. Penggunaan 'Raja' biasanya dipakai oleh keluarga kerabat diraja Perak.
"Kerajaan Selangor telah mengesahkan bahawa Bubu bukanlah cucu Raja Selangor," jelas sumber itu lagi.
Sebelum ini, Bubu yang ditemui pada minggu lepas di Hotel Royal, Bogor telah menafikan bahawa dia bukan berasal dari Bogor seperti yang didakwa sesetengah pihak media.
"Saya keturunan raja, saya cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, jadi tak semua orang di Malaysia boleh memakai nama itu," kata Bubu ketika itu.
source
22 May 2012
Berita Kentut : Keluarga Restu Hubungan Bubu dan Syahrini
Kuala Lumpur - "Kami tiada masalah dan merestui hubungannya. Terpulang kepada dia kerana itu pilihannya," kata Raja Mohammad Rashid Raja Salehuddin, 50-an, bapa kepada Raja Mohammad Syazni, 23, mengesahkan hubungan cinta anaknya dengan penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini.
Raja Mohammad Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu menjadi perhatian media Indonesia selepas beliau tampil mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jakarta minggu lalu untuk menjelaskan hubungannya dengan Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.
Pada sidang media itu, Raja Mohammad Syazni turut menafikan dia berketurunan Batak dari Indonesia seperti didakwa media negara terbabit. Dia menjelaskan dirinya orang Melayu dari Kuala Lumpur serta kerabat diraja.
28 December 2011
Berita Kentut : Honda Memusnahkan Lebih 1000 Kereta Yang Dirosakkan Banjir Di Thailand
Pengeluar kereta dari Jepun, Honda telah memusnahkan 1,055 buah kereta keluaran kilangnya yang berada di Thailand yang rosak teruk akibat ditenggelami banjir. Tindakan tersebut dilakukan selepas Eksekutif Honda memberi jaminan tidak akan menjual mana-mana kereta yang rosak akibat banjir di Thailand itu. Beberapa orang saksi turut dipanggil bagi melihat sendiri proses memusnahkan kereta terbabit.
14 December 2011
Berita Kentut : KL Gangster 2 Lebih Ganas! (6 Gambar)
Pengarah, Syamsul Yusuf pernah berkata KL Gangster 2 yang berbentuk prekuel turut mengekalkan ramai pelakon lama, antaranya Aaron Aziz, Soffi Jikan, Adiputra, Zizan dan Sheera Iskandar.
Syamsul yang menulis sendiri skrip filem tersebut dengan abntuan rizal Ashreff berkata, KL Gangster 2 dijangka memberi cabaran lebih besar daripada segi jalan cerita dan watak-watak yang ditampulkan selain adegan-adegan lasak yang bakal ditampilkan nanti.
Selain skrip, jalan cerita dan mengembangkan lagi watak-watak sedia ada, pengarah muda ini tidak ketinggalan mengundang Rosyam Nor berlakon dalam filem ini.
30 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)