Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

22 May 2012

Berita Kentut : Keluarga Restu Hubungan Bubu dan Syahrini



Kuala Lumpur - "Kami tiada masalah dan merestui hubungannya. Terpulang kepada dia kerana itu pilihannya," kata Raja Mohammad Rashid Raja Salehuddin, 50-an, bapa kepada Raja Mohammad Syazni, 23, mengesahkan hubungan cinta anaknya dengan penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini.


Raja Mohammad Syazni yang mesra disapa dengan nama Bubu menjadi perhatian media Indonesia selepas beliau tampil mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jakarta minggu lalu untuk menjelaskan hubungannya dengan Syahrini atau nama sebenarnya Fatimah Syahrini Zailani, 29.


Pada sidang media itu, Raja Mohammad Syazni turut menafikan dia berketurunan Batak dari Indonesia seperti didakwa media negara terbabit. Dia menjelaskan dirinya orang Melayu dari Kuala Lumpur serta kerabat diraja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...