Setelah sekian lama kami di pihak Kentut Berapi tidak membuat sebarang post terbaru akibat daripada kekangan masa yang melampaui batas-batas kemanusiaan sehinggakan terpaksa kami melupakan seketika blog yang dikasihi ini dan menumpukan kepada kerja lain yang lebih mudah penting, kini kami akan berusaha sedaya upaya meng-update blog ini setiap hari! (kalau tak setiap hari pun, seminggu sekali)
Terima kasih kerana walaupun telah 4 bulan terbengkalai masih ada yang membaca blog ini. Tak la sepi sangat blog ni kan. Kalau tiada pembaca seperti korang ni, dah lama blog ini akan jadi padang jarak padang tekukur.
So teruskan menyokong kami agar dapat kami bawakan kepada korang info-info terkini dan pelbagai lagi yng lebih menarik di masa akan datang. Majulah Kentut Berapi untuk rakyat Malaysia!!
ps: kentutlah selalu untuk kesihatan yang lebih baik.
Di kesempatan ini aku si Tukang Kentut ingin ucapkan selamat menyambut tahun baru 2012 buat semua pembaca blog Kentut Berapi yang tidak seberapa ini.
Walaupun blog Kentut Berapi ini masih dalam kategori baru nak up dan macam blog budak tadika hingusan kuning, tapi korang semua yang sempoi ni tetap juga baca ye. Toce toce!
Azam aku yang utama tahun lepas telah terlaksana iaitu memulakan perjalanan di dalam dunia blogging yang serba mencabar ini. Dan azam aku untuk tahun ini pula adalah untuk memantapkan lagi blog Kentut Berapi ini agar bau kentut ini dapat dihidu oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira kaum di Malaysia ini.
Teruskan menyokong blog Kentut Berapi agar mampu berdiri teguh tak jatuh-jatuh dalam arena blog ini. Sesungguhnya tanpa korang, siapalah nak bau kentut-kentut aku ni.
Korang pula apa azam tahun baru korang. Share la azam korang yang cambest tu dengan komen di entri ni. Sharing is caring kan..