Taktik terbaru yang digunakan pasangan ini untuk mengaburi mata pengawai pencegah maksiat adalah dengan membawa anak masing-masing ketika berkhalwat.
Seorang wanita yang membawa anaknya yang berumur setahun ditangkap berkhalwat di dalam sebuah bilik hotel bajet di Kluang bersama seorang lelaki yang berstatus duda.
Pasangannya itu turut membawa anaknya yang berusia lima tahun untuk tujuan yang sama. Pada mulanya mereka mengakui sebagai pasangan suami isteri yang sah namun temberang mereka pecah setelah gagl mengemukakan dokumen perkahwinan yang sah.
Mereka mengambil masa kira-kira 20 minit untuk membuka pinttu dan sebaik sahaja dibuka duda tersebut dilihat hanya memakai seluar pendek dan kameja yang tidak berbutang manakala ibu muda itu pula hanya memakai seluar ketat dan kameja T.
Mereka akhirnya ditahan selepas mengaku tidak mempunyai ikatan sah suami isteri.
No comments:
Post a Comment