Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

24 December 2011

OMG Kentut : Bayi Berkepala Dua Lahir Di Brazil


Bayi aneh berkepala dua ini Lahir di Brazil dengan mempunyai dua otak yang berfungsi, dua tulang belakang dan hanya satu jantung yang dikongsi mereka.

Kembar itu, Jesus dan Emanuel, yang seberat 4.5 kg in lahir secara caesarean di sebuah hospital kecil di sebelah utara negeri Para dan dikejarkan ke hospital yang lebih baik ibu negeri Belem dengan menaiki kapal terbang.

Doktor yang merawat kembar tersebut, Doktor Neila Dahas berkata adalah hampir mustahil untuk memisahkan kembar siam yang mempunyai dua kepala tetapi hanya satu set organ lain. Mengikut statistik, pembedahan memisahkan kembar siam selalunya berjaya apabila lebih sedikit jumlah organ yang dikongsi.

Keadaan aneh ini berlaku mungkin kerana salah satu janin di dalam rahim itu tidak berkembang dengan baik dan menyebabkan perkara ini berlaku. Doktor Neila juga berkata yang sukar untuk mereka memilih kepala mana yang perlu di selamatkan kerana kedua-duanya sihat dan berfungsi dengan baik.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...