Follow Untuk Kesan Kentut Yang Maksima

21 May 2012

Share Kentut : Set Penggambaran Filem 'Lord of The Ring' Kini Sebuah Ladang Kambing

Aku yakin ramai antara korang memang peminat keras  filem 'Lord of The Ring' kan? Kalau macam tu korang pasti tau mengenai perkampungan Hobbits yang digelar Hobbiton ini. Sebenarnya Hobbiton ini merupakan sebuah ladang menternak kambing yg bernama 'Ladang Alexander'. 


Peter Jackson menjumpai ladang ini yang terletak di New Zealand dan merasakan ianya amat sesuai untuk dijadikan Hobitton. Rumah-rumah Hobbits dibina di kawasan ladang ini sebagai set penggambaran filem tersebut dan kini menjadi rumah untuk kambing-kambing yang diternak di situ pula.


Kentut Cool : Seni Illusi Jalanan Yang 3D

Seni illusi jalanan ini akan menipu mata kita dengan membuatkan kita melihatnya seolah-olah betul-betul ada di situ padahal ianya hanyalah sebuah lukisan. Dengan menggunakan perspektif yang betul, Eduardo Rolero, seorang pelukis seni illusi jalanan yang berasal dari Argentina ini berjaya menghasilkan banyak lukisan illusi yang begitu mengangumkan.




Kentut Cool : Kek Yang Sangat Realistik Oleh Debbie Goard

Ini sangat cool!


Debbie Goard seorang pereka kek yang mempunyai kedainya sendiri iaitu "Debbie Does Cakes" terletak di San Francisco. Beliau yang berpengalaman lebih dua dekad sebagai pereka kek berjaya menghasilkan kek-kek yang sangat realistik sehinggakan beberapa orang pernah menyangka keknya itu sebagai benda hidup.




WOW Kentut : 'Monsanto' Perkampungan Yang Dibina Di Kawasan Bukit Berbatu

Monsanto merupakan sebuah perkampungan yang sunyi terletak di bandar Serra da Estrela, Portugal. Apa yang menariknya dengan kampung ini ialah rumah-rumah yang terdapat disitu dibina antara batu-batu besar yang terdapat di situ dan jalannya pula hanya diukir daripada batu tersebut. Perkampungan Monsanto ini juga dikatakan telah wujud sejak berabad-abad dahulu dan dikekalkan sehingga hari ini. 





Kentut Lawak : Hanya Berlaku Di India Part 4

Sambungan dari hanya berlaku di India part 3




Kentut Berapi - Kini Kembali !!!

    Setelah sekian lama kami di pihak Kentut Berapi tidak membuat sebarang post terbaru akibat daripada kekangan masa yang melampaui batas-batas kemanusiaan sehinggakan terpaksa kami melupakan seketika blog yang dikasihi ini dan menumpukan kepada kerja lain yang lebih mudah  penting, kini kami akan berusaha sedaya upaya meng-update blog ini setiap hari! (kalau tak setiap hari pun, seminggu sekali)
    
    Terima kasih kerana walaupun telah 4 bulan terbengkalai masih ada yang membaca blog ini. Tak la sepi sangat blog ni kan. Kalau tiada pembaca seperti korang ni, dah lama blog ini akan jadi padang jarak padang tekukur.


    So teruskan menyokong kami agar dapat kami bawakan kepada korang info-info terkini dan pelbagai lagi yng lebih menarik di masa akan datang. Majulah Kentut Berapi untuk rakyat Malaysia!!


ps: kentutlah selalu untuk kesihatan yang lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...