Sebuah pantai di California tidak dipenuhi dengan pasir halus yang lembut pada kaki namun ianya dipenuhi dengan kaca yang mempunyai permukaan yang lembut dan berwarna-warni. Disebabkan itulah ia digelar Glass Beach.
Sejarahnya bermula pada awal kurun ke 20, penduduk Fort Bragg membuang sampah di tebing yang mana merupakan Glass Beach sekarang. Sejak 1949, tempat tersebut menjadi pusat pembuangan sampah bagi penduduk berhampiran kawasan tersebut.
Pada 1967, pemimpin bandar telah menutup kawasan itu dan selepas berdekad lamanya, ombak telah menghakis sampah dan kaca di situ sehinga terbentuknya kaca yang licin, kecil dan berwarna-warni tersebut.
source
No comments:
Post a Comment